LED Text Scroller

Monday 11 June 2012

Gerimis Mengundang - Filem Pilihan Anchor



Filem Pilihan Anchor >>>



Sinopsis:

Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah.

Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati.

Apa yang terjadi kepada perhubungan Zamani dan Mikha? Bagaimana pula Doni yang telah menjadi tunangan sejak mereka kecil. Dan mampukah Mikha mendapatkan cintanya semula dari Zamani,

BENARKAH CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA?
Filem ini akan di tayangkan serentak 31 Mei 2012 di 4 buah negara, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Filem ini dibintangi Kamal Adli, Olivia Jensen (pelakon Indonesia Filem Cinta 2 Hati bersama Afghan), turut dibintangi Felix Agus, Henny Yuliani, Denny Martin, Dhitra Marfie, Ag. Karim Kadir, Dg. Hasnah Ibrahim.

Kata Anchor: Bagi anchor, filem ini ialah filem romantik yang paling terbaik!! di Malaysia dan Indonesia. Ini kerana, filem ini mampu membuai perasaan siapa sahaja yang menonton filem ini.

Lagu Tema Gerimis Mengundang:
















Trailer Filem Gerimis Mengundang:
















Sungguh Romantik..... Sekian... <peace>

No comments:

Post a Comment