LED Text Scroller

Saturday 9 June 2012

Suatu Kehidupan

Kehidupan memerlukan kesabaran yang tinggi dan mampu menghadapi risiko apabila menghadapi cabaran. Setiap manusia mempunyai cabaran hidup ada sama genting, sukar, gembira, sedih dan bermacam lagi. Walau bagaiman pun kita haru menghadapi cabaran tersebut dengan sabar dan cuba untuk selesaikan masalah tersebut.



Bagi saya, setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas cuma bergantung dengan kemampuan setiap orang. Bagi orang yang sentiasa menghadapi masalah mungkin masalah tersebut baginya adalah perkara remeh. Tetapi bagi orang yang belum pernah menghadapi masalah mungkin masalah tersebut baginya adalah perkara yang amat perit dan menyakitkan. Walau macam mana pun kita harus menghadapi masalah tersebut tidak kira ia datang atau pun kita yang mencarinya.



Seperti dalam gambar ini, janganlah kita stres atau pun tertekan sehingga bergini. Ini dapat merosakkan emosi kita. Emosi kita perlu dikawal dengan sebaiknya. Hal ini kerana, emosi kita sentiasa mengawal pergerakan otak kita.



Untuk mengelakan daripada stres atau pun masalah menimpa kita, kita haruslah melakukan aktiviti yang merehatkan iaitu seperti berehat, Yoga, Joging, dan lain-lain.

Sekian Sahaja Dari Anchor..... <peace>

No comments:

Post a Comment